and I would as usual wanna share with whoever who read this blog 4 sure ;
Duhai mata yg sedang menangis.....
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.
Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun,tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Tak perlu menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah engkau betapa penyayang-Nya ALLAH padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis 4x lebih banyak dari lelaki.
Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
by FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN~
niway, my title means "for those who are sad," bad mood, confused n apa2 yg seangkatan dengannya la..
so, my advice for all and including myself is always look at the bright side of life of whatever that happens..and always remember what happens in you is more important than what happens to you..hamesha and forever..^_^
and sometimes we need to cry because it's the best way of reducing our burden..don't expect ourselves to always be strong ok.
till then, bittaufiq wannajah fil imtihan..;p

0 comments:
Post a Comment