Saturday, January 9, 2016

Mutiara Kata


Love comes along with responsibility. Cinta sahaja bukan jaminan untuk sampai ke alam perkahwinan kalau dari awal tiada kejujuran. Bila hati dipenuhi cinta kepada manusia, maka tiada lagi ruang untuk cinta kepada Tuhan di hati kita. Serahkan dulu hati kita kepada Allah, Allah akan dorongkan hati kita kepada orang yang Dia perkenan bila sampai masa yang tepat.

Islam agama yang sempurna tetapi penganutnya tidak. Biarpun begitu, berusaha bersungguh-sungguh mencari kesempurnaan adalah kewajipan penganutnya.

Islam kalau tidak diamalkan dan dijadikan cara hidup, sekalipun kita ini lahir sebagai seorang Muslim, kita takkan jumpa bahagia yang sebenar. Bukan salah Islam, tapi salah kita yang tidak betul-betul mengamalkannya.

Kita sebagai seorang hamba Allah, perlu ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk Allah dan juga masa untuk orang sekeliling kita. :)

Masa dari aspek bermuhasabah dengan diri sendiri, berusaha untuk menjadi seorang ahli ibadah dan pada masa yang sama menyeru orang ramai/sekeliling kita ke arah kebaikan. In short, that is Dakwah & Tarbiah. :D

Terima kasih kepada Zulaihah Karim, penulis buku 'Best Friend Forever, Yongwonhan Chingu'. Alhamdulillah, banyak mutiara kata yang dapat dikutip dan dikongsikan kepada orang sekeliling.

That is why I love to read. Jiwa rasa puas dan terisi dengan ilmu yang bermanfaat insyaAllah. Moga diberikan kekuatan juga untuk beramal dengan ilmu yang diimani. Doakan yang terbaik buat diri yang lemah ini. T_T
Rasa banyak lagi yang perlu dipelajari terutamanya tentang pengetahuan dalam agama Islam ni sendiri.

0 comments: