Saturday, September 25, 2010

-Versus-

~The hardship battle when ur against yourself..
Salam,
Actually dah lama rasanya nak tulis my own opinion and summary about this novel but I was waiting for the right time and I hope now is the right time la..huhu
1st time I looked at this novel, I was curious...well yelah kali pertama tengok tajuk novel yang paling ringkas with a deep meaning. Depends on how people will interpret la.
------------------------------------------//--------------------------------------------
Main characters : Ashraff Omar a.k.a AO and Minn Edina a.k.a Ed'Sassin


It's actually about a person who had to leave the way she lived before..to change to be a better person. But to make the change is not easy. Rasa sakit apabila torn up inside and out..and later on a guy who had lead the same life as the girl before interfered in her life. And he falls for the girl. Nak tau selanjutnya bacalah novel ni ye..I juz wanna quote sentences that I like to read throughout this novel. (sorry,not really good in summarizing)


1)" A versus through and through. By all the senses and the meanings of the word."
Betul la apa yang orang cakap selama ini..nak jadi baik tu bukan senang  tapi selalu ingat bahawa ALLAH tengok pada usaha kita bukan pada natijahnya. So, selagi kita berusaha insyaALLAH, ALLAH akan mudahkan urusan.


2)"...vile women are for vile men and good women are for good men, and good men are for good women: such are innocent of that which people say: For them is a pardon and a bountiful provision." - Surah an-nur


3)" All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. Kalau tak percaya tengok dia punya translation. If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away. Ayat memujuk macam dalam al-Insyirah and ad-Dhuha. Sooth you anytime.."


I think that's all about versus..but I really do encourage people to read this novel because it doesn't emphasize more about feelings and emotions. It opens people's mind especially the Muslims la on how to lead your life as a Muslim. Like I have said, Islam is addin and addin is the way of living. InsyaALLAH, may ALLAH bless us and permudahkan urusan hidup now and hereafter..AMIN





Thursday, September 16, 2010

Khazanah kerahsiaan..

Salam,
I hope it is not too late to wish Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin ^_^..
Selagi Syawal belum habis selagi tu raya pun belum habiskn?hehe..but the sad part is holiday is finishing..sedihnya nak tinggalkan rumah..feel really protected at home you know..and pampered as well..*wink*
Unfortunately,sebagai seorang mahasiswa yang bertanggungjawab & prihatin, kita perlu berkorban right? Bak pepatah mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Actually,semalam selepas melayan tetamu yang bertandang ke rumah, mengemas rak buku di bilik sekejap. It's like refreshing back all my memories of my past..especially when looking back at my matriculation books, the magazines and to my surprise I found back my precious novel! Thanks a lot to my dear,Ain for introducing this novel to me..'Khazinatul Asrar'~Best sangat jalan ceritanya. I don't know why but I do love to read a lot..it's good or not,based on the kind of material we are reading for sure. So, I would like to share some of the messages that I get from this novel. It's kind of Islamic actually but I love the way it opens my mind to think more about something.
---------------------------------//-----------------------------
"..Kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada." - As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna


" Malu kena ada pada tempatnya. Kita mesti menjadi pemalu untuk melakukan perkara yang tak Allah redhai sebab kita ni hanya bertaraf hamba ALLAH sahaja kat muka bumi milik ALLAH ini. Sifat malu inilah yang akan meninggikan martabat kita sebagai wanita."


Satu hadis Rasulallah s.a.w mengatakan :
" Pakaian kita ketaqwaan, hiasan kita malu dan hasil kita adalah ilmu."


"..Bersandar pada manusia hanyalah satu asbab yang kecil untuk mencintai ALLAH. Hakikatnya, segala kemahuan pasti ada jalan apatah lagi kemahuan yang baik untuk bercinta dengan ALLAH, pasti ALLAH akan mempermudahkannya. Pokok pangkalnya, tanyalah diri kita sama ada kita mahu atau tidak..ALLAH memberikan taufiq kerana diri kita sendiri yang mencari hidayah-Nya. Yang pasti, ALLAH sentiasa menanti hamba-Nya dengan penuh cinta kerana Maha Agung-Nya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim ALLAH. Malangnya, tak ramai yang tahu menghargai cinta ALLAH terhadap hamba-Nya. Ciptaan ALLAH yang hina lebih dicintai daripada Penciptanya sendiri..."


"..Tidak guna kita terlalu memuja seseorang kerana mungkin dia tidak diciptakan untuk kita. Bukankah lebih baik bergantung harapan kepada Penciptanya sendiri kerana ALLAH lah pemilik dan pemegang hati setiap insan. ALLAH lebih mengetahui siapakah yang terbaik untuk seseorang. Kesedaran inilah yang boleh menjadikan setiap insan redha dengan kebijaksanaan ALLAH mentadbirkan sesuatu."


"...beginikah sikap seorang hamba yang mengaku ALLAH adalah segala-galanya? Cipataan ALLAH lebih dipuja daripada Pencipta-Nya sendiri. Manusia itu sesuatu yang tidak pasti...manusia biasa yang akan pergi. Apabila ALLAH menariknya dari kamu, kamu harus yakin dengan ALLAH. ALLAH lebih bijaksana dengan perancangan-Nya. Manusia hanya mampu merancang, ALLAH yang Maha Adil lah yang akan menentukan..setiap takdir ALLAH ada hikmahnya. ALLAH tak sesekali sesuka hati menganiaya hamba-Nya. Dia Maha Pengasih. Kamu seharusnya mentarbiyyah diri kerana cinta ALLAH bukannya kerana mengharapkan cinta seorang manusia biasa. Yakinlah..kalau kamu benar-benar ikhlas & yakin dengan ALLAH, pasti ALLAH akan menggantikan cinta manusia yang boleh mendekatkan kamu kepada-Nya. Gadis/jejaka yang terbaik untuk kamu.."


So, basically..the conclusion is Put Your Trust in ALLAH..He knows the BEST for us!
p/s : mujahadah itu pahit tetapi ingatlah bahawa syurga itu manis. dan ingat juga bahawa jalan ke neraka itu sangat mengasyikkan tetapi jalan untuk ke syurga itu sangat memeritkan. Bertuahlah bagi sesiapa yang istiqamah dalam mengenal ALLAH dengan lebih mendalam. Moga ALLAH sentiasa melindungi kita daripada kejahatan & keburukan serta mendekatkan kita ke arah kebaikan. AMIN-